
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
Mengenang Nenekanda Aishah pada Pagi Raya 1431
Al-fatihah.
Bonda pergi menyahut panggilan Ilahi pada 8 Mac 1999. Kini sudah sebelas tahun bonda meninggalkan kami. Semoga roh bonda dikasihi oleh Allah dan diletakkan bersama-sama orang yang dikasihi-Nya. Semoga apa yang anakdanda semua lakukan dapat mensejahterakan bonda di alam barzakh.

Masakan kami lupa pada kelicahan dan kegigihan bonda mengahdapi kehidupan harian. Dalam membesarkan kami, banyak usaha bonda, daripada menyediakan dan menjual nasi lemak, mi, kuih pau, dan kemudian menoreh getah, menanam dan menuai pada musim padi.
Pada usia lebih tua, bonda lebih giat menjahit, dan pernah bonda kami sesali. Hidup tdak semewah sesetengah orang lain, tetapi memang begitulah hidup kebanyakan orang dalam zaman selepas pemerintahan Jepun, zaman darurat, zaman merdeka.
Kami semua menjadi "orang" seperti yang bonda mahukan.
Al-fatihah.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 09 September 2010 23:58)
Untuk mereka yang tiada punya!Mereka ini, orang asli kampung Songkok, Hulu Selangor, hidup pada tahap yang paling asas.
Pak Ghani menerima kotak ole-ole daripada Islamic Relief Malaysia Semoga anakanda semua berbahagia dan dapat merayakan 1 Syawal 1431 ini dengan serba keberadaan. Kiranya anakanda ingin tahu, ada mereka yang masih berada dalam kapsul waktu jauh sebelum waktu kita. Ayahanda hanya mencuba membawa sedikit kebahagiaan untuk mereka. Ayahanda dan Bonda menyampaikan barang-barang makanan daripada "Islamic Relief Malaysia" kepada Orang Asli Kampung Songkok di Hulu Selangor. Moga-moga, hari raya mereka sedikit lebih baik daripada hari biasa. Terakhir dikemaskini (Rabu, 08 September 2010 14:33) Mengenang Datukanda Tuan Guru Hj Hassan pada pagi Raya 1431
Sudah hampir tiga puluh tahun Datukanda Tuan Guru Haji Hassan meninggalkan kita. Beliau meninggal pada 21 Mei 1981. Terakhir dikemaskini (Khamis, 09 September 2010 23:57) Bonda KartiniKepada anakanda semua ini adalah "Acu Tini" yang tinggal di Kampung Temusu, Bukit Mertajam. Beliau adalah adinda bongsu ayahanda.
Gambar: Ayahanda, sepupu anakanda Ilham Tahurah dan Bonda Kartini Bonda Kartini kematian suami sebelum puasa lalu, dan ini adalah kali pertama Bonda Kartini keluar mengunjungi ayahanda selepas peristiwa sedih tersebut. Ilham baru saja berhenti bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur bagi menemani bondanya di Kampung Temusu, Bukit Mertajam. Di samping itu dia akan meneruskan pengajiannya pada peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia. Ilham berkorban besar demi bondanya. Bonda Kartini kelihatan tenang, dan ayahanda mengharapkan beliau terus begitu. Sebagai guru agama, beliau lebih mudah meredhai kehendak Allah. Ayahanda tidak pernah mendengar beliau merintih menyatakan sebarang kesesalan pada nasib. Beliau cuma mahu memberi makna kepada hidup yang masih perlu diteruskan. Bonda Kartini ini sangat banyak memberi dalam hidupnya. Pada akhir hayat Nenekanda Aishah, beliau "dijaga" oleh Bonda Kartini, secara khususnya, dapat ayahand katakan, "sehingga ke hembusan nafas terakhir Nenekanda itu. Dan kemudian, Bonda Kartinilah yang memandikannya dan mengkafankannya sebelum dibawa ke perkuburan. Begitu juga yang dilakukannya pada ibu mertuanya sendiri. Dan dewasa ini beliau juga menjaga seorang kakak ipar yang juga terlantar uzur. Sanggup beliau menjaga orang tua sebegitu. Mungkin anakanda tidak pernah terfikirkan hal begitu. Suatu hari nanti kita semua akan menjadi tua dan bergantung pada orang lain!! Mungkin semasa kecil anakanda tidak begitu sering dibawa mengunjungi Bonda Kartini, namun itulah pesan ayahanda, "janganlah direnggangkan hubungan keluarga kita." Ayahanda tidak mahu meletakkan kesalahan pada sesiapa. Ayahanda sendiri sering kesibukan! Hanya dewasa ini, ayahanda terfikir kembali, untuk apalah semua kesibukan itu? Kiranya jarum masa dapat ayahda putar kembali, ayahanda akan memberi perhatian yang lebih berat kepada saudara mara sendiri. Dan saudara mara anakanda itu bukan hanya di sebelah ibumu, tetapi juga di sebelah ayahmu. Janganah ada perbezaan antara dua jurusan leluhur anakanda. Semoga anakanda tidak melalui jalan yang sama dalam hidup anakanda. Ulasan anakanda: Nurul Huda memang anakanda pun kagum dengan ketabhan beliau, bukan mudah hendak menjaga orang tua, banyak kerenah mereka. Bagaimana nanti nasib kita pula! Mudah-mudahan Allah SWT akan merahmati beliau selalu. Puteri Noraihan At-Terawis Selepas Bonda Kartini berbuka dan bertarawikh di Janda Baik, bonda dan adinda Ilham terus ke Dong untuk menemui kakandanya Bonda Hasanah. Kami sekeluarga turun menunggu kedatangan Bonda Kartini. Mereka sampai jam 12 malam. Kami menunggu sambil tertidur. Itulah kali pertama saya menemui Bonda Kartini selepas pemergian Ayahanda Paksu. Jelas terbayang di wajahnya penderitaan menanggung kesedihan dan kesunyian akibat kehilangan orang tesayang, tetapi Bonda tetap tabah. Kami sama-sama memasak murtabak untuk dibawa balik ke Ipoh dan Bukit Mertajam. Bonda Kartini dan Adinda Ilham btolak selepas solat zohor. Ilham Malek Sebesar mana pengorbanan anakanda pada Bonda, belum dapat menandingi pengorbanannya pada kami semua. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan Bonda. JiSs Hussin Alhamdulillah kerana Bonda dapat terus berdiri dan menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah. Setiap apa yang Allah jadikan adalah yang terbaik buat kita, alhamdulillah. Adli Hussin Alhamdulillah! Bonda Kartini terus tabah, cekal dan yakin dengan laluan kehidupannya di samping sokongan anakanda-anakanda beliau semua. Walau sesusah manapun pengalaman ini, namun kekuatan jiwanya mengatasi segala. Insya Allah! Anom Abdullah Alhamdulillah, dengan ketabahan beliau.. Anakanda masih ingat, lama juga Bonda Kartini tinggal bersama dengan kita semasa kita tinggal di Hilir Pemancar, Pulau Pinang dulu. Pada masa itu Bonda mengajar di Convent Green Lane. Anakanda masih ingat hari-hari anakanda pergi ke sekolah bersama Bonda Kartini menaiki kereta beliau MINI warna KUNING! DaddyCool Junior My mother.... Itulah Bondaku. Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 September 2010 21:33) Moyangda MailamAnakda pernah bersua dengan Moyangda Mailam. Beliau sudah tua dan uzur semasa anakda kecil dan beliau dijaga oleh Nenekda Aishah. Gambarnya ada tetapi hilang, Yang tinggal hanya sijil kerakyatan beliau. Beliau ada meninggalkan harta kepada Nenekda Aishah, antaranya tanah kampung di Slim Village dan dusun di Balun tempat ayahda membuat rumah persinggahan bagi memudahkan ayahda mengajar di UPSI. Beliau meninggal semasa kita di Berkeley pada tahun 1979. Minggu lalu ayahda memetik dokong di dusun Haji Manaf di Janda Baik. Ayahda ditemani oleh isterinya dan seorang pembantu lelaki. Dan Bibik ini mengingatkan saya pada almarhum Moyangda Mailam. Beginilah lebih kurang suasana kami di dusun di kampung Balun, Slim River dalam tahun 1950-an. Cuma pada zaman itu "dokong" belum ada. Yang ada cuma langsat dan pulasan. Apabila pulang ke pondok, Moyangda akan menceritakan, "Ini tapak Pak Belang, dia makan durian ini malam tadi."
Bibik, isteri Haji Manaf membakar daun koko. Perawakan tubuhnya mengingatkan ayahda pada Moyangda Mailam, cuma beliau akan memakai tudung di atas kepalanya. Terakhir dikemaskini (Selasa, 31 Ogos 2010 21:31) |






