
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
10. 2004 One Hundred Years of Language Planning: Looking Ahead
CONGRESS OF THE MAJOR LANGUAGES OF THE WORLD
5-8 October 2004
orgabized by Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia
One Hundred Years of Language Planning: Looking Ahead to the Future, (Presented earlier as a public lecture, Institute of East Asian Studies, Leiden University)
Prof. Abdullah Hassan Faculty of Languages Sultan Idris University of Education Tanjong Malim, MalaysiaINTRODUCTION
This paper was originally intended to focus on the success of language corpus planning in Malaysia. However, recent developments in Malaysian politics brought forth many issues vis-a-vis language status planning, i.e. the return to English as a medium of istruction in education. Therefor, this paper will attempt to address current issues and their implications on the future status and functions of Malay as the national and official language of Malaysia.
LANGUAGE PLANNING FOR A NEW NATION
Malaysia has been involved in deliberate language planning activities for the last fifty years. Such activities brought together not only linguistics and sociology, but also other disciplines such as education, psychology, communication, geography, history and politics, not to mention finance and management. Of the many Southeast Asian countries, Malaysia faces some difficult problems. This is because her population is not only multilingual but also multiethnic, multi-religious and multicultural. To make it more complex, the number of immigrant population is almost as big as the so-called majority indigenous ones.
Language planning scholars have to choose a language over one or a few others to be promoted as National Language. Then they have to plan, persuade and convince not only state executives and leaders, but also those involved at all levels of language use, of certain types of language forms or rules to be cultivated, and eventually balance benefits of such activities against cost (Thorburn, 1971; Eastman, 1983). Such endeavors are not new. It has been done for hundreds of years. Recently, Norwegian, Hebrew, Turkish and many other languages have been subjected to some form of deliberate changes for refinement, efficiency, and even revival. These were done within the broad definition of nation-building. All had one objective in common, giving an identity to a nation.
Terakhir dikemaskini (Rabu, 01 September 2010 12:30)
9. 2004. Menghayati Perpustakaan Berbahasa MelayuMENGHAYATI KEPUSTAKAAN BERBAHASA MELAYUProf. Abdullah Hassan Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia (Profesor Bahasa Melayu, Fakulti Bhasa, UPSI)Di Perpustakaan Negeri Melaka 2 Okt 2004
PENGENALAN Tidak pernah ada bangsa yang membina peradabannya tanpa kepustakaan. Tidak pernah pula ada bangsa yang membina peradabannya di atas kepustakaan dalam bahasa orang lain. Setiap bangsa, walaupun kecil membina peradabannya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Negara kecil yang maju seperti Belanda, Sweden, Norway, Denmark, Belgium, Switzerland mempunyai kepustakaan dalam bahasa sendiri. Untuk membina kepustakaan dalam bahasa kita, kita mestilah meyakini bahasa kita dapat berfungsi sebagai bahasa ilmu. Kemudian barulah kita dapat membina kepustakaan dalam bahasa kita. Dalam sejarah ada peristiwa seperti ini. Pertama, kita akan melihat bagaimana seorang ahli falsafah dan matematik Jerman, dapat meyakinkan bangsanya supaya meninggalkan bahasa Perancis dan Latin untuk mencapai kemajuan. Kedua, kita akan melihat bagaimana pemimpin dan sarjana Islam membina kepustakaan dalam bahasa Arab untuk membina peradaban Islam. Daripada dua peristiwa sejarah ini kita akan melihat apakah kaedah yang akan dapat kita contohi untuk membina kepustakaan berbahasa Melayu.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 03:14) 8. 2004 Kemahiran Berbahasa itu adalah Kemahiran BerkomunikasiSeminar Penerapan dan Pemerkasaan Ilmu Bahasa Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Unibersiti Brunei Darussalam Pada 11-12 Ogos 2004 Kemahiran Berbahasa itu adalah Kemahiran Berkomunikasi Prof. Abdullah Hassan Universiti Pendidikan Sultan Idris1. Pengenalan Ada tiga istilah utama dalam tajuk seminar ini, iaitu: penerapan, pemerkasaan dan ilmu bahasa. Istilah ialah perkataan yang mengandungi konsep tertentu. Oleh sebab itu, izinkan saya mendefinisi ketiga-tiga istilah ini bagi membolehkan saya membicarakan tajuk ini seterusnya. Penerapan ialah proses menggunakan ilmu bahasa. Dalam hal ini, menggunakan ilmu bahasa dalam mengajarkan bahasa Melayu. Pemerkasaan adalah terjemahan daripada istilah Inggeris ‘empowerment’. Instilah empowerment itu bermasksud mengupayakan atau membolehkan. Dalam bahasa Melayu istiah memperkasa digunakan dengan maksud apabila bahasa sudah perkasa maka tentulah bahasa itu dapat melakukan apa yang dikehendaki. Namun begitu, istilah ini tidak tepat kerana tidak terus memberi makna yang dikehendaki. Oleh yang demikian, istilah ini tidak sesuai. Yang lebih sesuai ialah istilah bahasa Indonesia yang menggunakan perkataan “pemberdayaan.” Memberdayakan bahasa itu benar-benar membawa maksud empowerment. Ilmu bahasa bermakna sebarang ilmu yang melibatkan bahasa. Ini bermaksud bukan sekadar nahu dan semantic sahaja, tetapi mesti melibatkan seni menggunakan bahasa atau komunikasi, dll. Memberdayakan bahasa adalah sebih sesuai digunakan dalam konteks bahasa. Kita mengajarkan bahasa supaya kita berdaya menggunakan bahasa dengan berkesan. Sukatan pelajaran bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada awal 2003 bagi negara Malaysia mengandungi tiga bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, berfikir dan nilai. Sukatan pelajaran lama tidak memberi tekanan kepada kemahiran ini. Murid hanya diajarkan nahu dan selepas itu terpulanglah kepada murid tersebut menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri. 2. Pentingnya kemahiran interpersonal
Apabila kita mengajarkan nahu, kita mengajarkan mekanik bahasa. Manakala apabila kita mengajarkan kemahiran komunikasi interpersonal, kita sebenarnya mengajar kemahiran menggunakan bahasa dalam konteks sebenar. Ini adalah dinamika bahasa. Dinamika bahasa juga dikenali sebagai tatasosial bahasa. Oleh yang demikian, mengajarkan dinamika bahasa Melayu, atau tatasosial bahasa Melayu adalah sangat penting. Malah lebih penting daripada nahu. Mengapakah kita mengatakan mengajarkan tatasosial bahasa kepada murid adalah lebih penting? Ada satu sebab utama. Apabila kita melakukan kesalahan nahu, kesan negatifnya tidak serius. Tetapi, apabila kita melakukan kesalahan tatasosial bahasa, kesannya sangat serius. Bahkan, kesalahan ini boleh membawa kesan yang sangat negatif dalam aktiviti interaksi atau transaksi kita dengan orang lain. Kita boleh melihat contoh kesalahan nahu berikut.
Sekarang cuba pula lihat kesan kesalahan tatasosial berikut.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 06:46) 5. 2004 Mengajar NilaiMengajar Nilai Sept 2004 Traders Inn Hotel, Pulau Pinang anjuran USM Prof. Abdullah Hassan
1. Definisi Nilai Nilai adalah kepercayaan yang kita pegang dan menjadi asas kita melakukan sesuatu. Nilai kasih terhadap ibu bapa menjadi asas kita menyara hati mereka apabila mereka tua. Nilai bantu-membantu kita menjadi asas lakuan kita menolong orang. Nilai patriotik kita menjadi asas kita berperang mempertahankan kemerdekaan negara. 2. Bagaimana Nilai Nilai Tertanam? Ada banyak cara kita menyerap nilai ke dalam sistem kepercayaan yang kita pegang. Umumnya ini kita menyerap nilai daripada agama, budaya, ahli keluarga, persekitaran, dll. Oleh sebab itu tidak hairanlah nilai itu sudah tertanam dalam jiwa kita sebelum pergi ke sekolah. Apabila kita melihat ibu bapa kita sering memberi wang bantuan kepada nenek dan datuk, maka itu akan menjadi ikutan kita semasa kita dewasa kelak. Apabila melihat ibu sering membantu nenek apabila sakit, maka kita akan meniru lakuan itu dan melakukannya pula apabila ibu sudah tua. Oleh sebab kebanyakan nilai sudah terserap semasa kecil, apakah kita perlu mengajarkannya lagi di sekolah? Memang perlu. Kanak-kanak juga pergi ke taman asuhan. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mengajarkan nilai-nilai ini semasa kanak-kanak di taman asuhan dan di sekolah. Malah, etika dan nilai sudah juga mula diajarkan kepada orang dewasa. Ada kursus etik dan nilai diajarkan kepada para eksekutif syarikat dll. Ini dapat mengajarkan nilai-nilai ang positif dan juga memperkukuh nilai-nilai yang baik sedia ada.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 03:06) 7. 2004 Hubungan Kebudayaan dengan BahasaKONGRES KEBUDAYAAN RUMPUN MELAYU 2004 10-13 September 2004 ajuran bersama Kerajaan Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor (YWJ), Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), MKNJ, JKKWJ, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), dan Pejabat Pendidikan Johor (PPJ) Hubungan Kebudayaan dengan BahasaProf. Abdullah Hassan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris
1. Pengenalan Apabila isu kebudayaan dibincangkan, cendekia Melayu yang sering terlibat adalah para sasterawan dan budayawan Melayu. Mereka adalah cendekiawan Melayu yang rapat dengan isu ini. Oleh itu, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan, kebudayaan dan persuratan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk pada tahun 1971, tetapi pelaksanaannya masih beleum memuaskan dan sering ditentang oleh persatuan-persatuan kaum Cina dan India. Malah dasar dan stategi kebudayaan kebangsaan adalah uasaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 02:51) |


