
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
Burhanuddin Al-Helmy
Apabila saya terbaca Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan surat terbuka Y.B. Dato' Zaid Ibrahim kepada Perdana Menteri Malaysia, lalu saya teringat kepada dua tokoh yang pernah ditahan di bawah Akta ini, iaitu Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 21 September 2009 20:24)
Merdeka 2009Ini adalah nota yang saya tulis pada 31 Ogos 2008. saya timbulkan kembali supaya dimenungkan. Namun adakah kita sudah betul-betul merdeka. Ada perkembangan baik juga. Tidak banyak kereta yang mengibar-ngibarkan bendera. Tidak juga banyak orang berbaris-baris di padang. Tidak banyak orang berforum-forum. Tidak banyak orang berceramah-ceramah. Malah itu semua bukan makna merdeka. Makna merdeka itu adalah lebih dalam. Ia mempunyai ciri-ciri berikut: kemerdekaan MINDA, kemerdekaan BUDAYA, kemerdekaan BELAJAR, kemerdekaan BERFIKIR, kemerdekaan MEMBUAT KEPUTUSAN, kemerdekaan daripada KEMISKINAN, kemerdekaan daripada KEJAHILAN, kemerdekaan daripada RASUAH, kemerdekaan menikmati HAK-HAK ASASI, dan banyak lagi. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Oktober 2009 20:44) Anti-intellectualism in American LifeRencana ini diambil daripada Wikipedia, dan diterjemahkan oleh empunya laman.
Anti-intellectualism in American Life dikarang Richard Hofstadter dan buku itu mendapat Anugerah Pulitzer pada tahun 1964. Dalam buku ini Hofstadter melakarkan pergerakan sosial yang mengubah peranan kecendekiawanan dalam masyarakat Amerika. Tajuk buku ini dapat diterjemahkan sebagai "Anti-intelektualisme dalam Masyarakat Amerika" Terakhir dikemaskini (Sabtu, 12 Disember 2009 00:18) Ucapan Steve Jobs: Stay Hungry. Stay Foolish.
Steve Jobs Saya selalu menggunakan teks ucapan Steve Jobs ini sebagai contoh yang baik sebuah pidato yang menggunakan format 3X3. Ini adalah teks ucapan dalam Konvokesyen menganugerahkan Steve Jobs dengan Ijazah Kedoktoran di Universiti Stanford, Palo Alto California. pada 12 Jun 2005. Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Computer and of Pixar Animation Studios. Saya ingin menyampaikan tiga buah cerita kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Sekadar tiga buah cerita. Terakhir dikemaskini (Sabtu, 03 Julai 2010 14:17) Tetamu pada hari raya pertama (1)
Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Oktober 2009 10:52) |







