
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
11. Berbudi Bahasa Dan Tidak Berbudi Bahasa
Hormat itu bukanlah perbuatan mengampu.
Perpindahan ramai penduduk kampung ke bandar, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dari di bandar, juga membawa budaya bahasa kampungan ke bandar. Khususnya budaya bahasa kampungan itu digunakan dalam konteks pejabat dan perniagaan yang sebenarnya memerlukan bahasa rasmi dan bahasa perniagaan. Dalam bahasa rasmi dan bahasa perniagaan, ganti nama dan bentuk panggilan hormat adalah menjadi asas perhubungan. Apabila bentuk panggilan yang salah digunakan, orang yang dilawan bercakap akan merasa tidak dihormati.
Memesrai orang adalah tidak sama dengan menghormati orang. Kita hanya memesrai orang yang dikenali rapat, di kalangan keluarga atau jiran, atau kenalan sekampung.Terakhir dikemaskini (Khamis, 08 Julai 2010 23:14)
10. Dari Konteks Tidak Rasmi Ke Konteks RasmiBercakap siang pandang-pandang, Bercakap malam dengar-dengar
Dari konteks kampung ke konteks korporat di kota
Apabila negara Malaysia membangun, masyarakatnya juga turut membangun. Dahulu orang Melayu dan bahasa Melayu digunakan di kampung-kampung, sekarang orang Melayu sudah berpindah ke kawasan bandar dan terlibat dalam aktiviti yang lebih luas daripada aktiviti kampungan. Bahasa Melayu dahulunya digunakan dalam kalangan masyarakat kampungan dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat, bahasa Melayu sekarang digunakan dalam konteks korporat dan perniagaan, iaitu konteks di luar penggunaan bahasa Melayu dahulu. Kita sudah meluaskan penggunaan bahasa Melayu ke bidang luar daripada lingkungan keluarga. Kita sudah keluar daripada lingkungan kampung di mana setiap orang ada kaitan keluarga. Ini perlu difahami supaya hubungan di antara ahli keluarga tidak disamakan dengan hubungan di luar ahli keluarga. Kita perlu menggunakan bentuk panggilan hormat menurut taraf orang yang dilawan bercakap, bukan menurut rasa orang yang bercakap. Umpamanya, kita menghormati pelanggan dengan menggunakan bentuk panggilan hormat. Bentuk panggilan keluarga digunakan bagi menunjukkan mesra. Dalam hubungan rasmi, iaitu di luar hubungan keluarga, tujuan kita berkomunikasi bukan bagi menunjukkan mesra, tetapi hormat. Yang pasti ialah, bahasa mesra itu belum tentu hormat. Malah, bermesra di luar konteks dengan orang yang perlu dihormati adalah perbuatan tidak sopan. 9. Bahasa Dan KuasaKalau rakan bergurau senda Kalau ayah memberi nasihat Kalau ketua memberi arah Kalau raja memberi hukum
Bahasa yang kita gunakan dalam berbincang, memberi taklimat atau bersyarah, mencerminkan kewibawaan dan karisma penuturnya. Sekali gus kewibawaan dan karisma seorang pemimpin itu ada kaitannya dengan bahasanya. Sering, ini adalah persepsi pendengar, tetapi persepsi pendengar itulah yang penting. Sekiranya mereka mempersepsi kita sebagai orang tidak berwibawa dan tidak berkarisma, maka kita tidak akan diperlakukan sewajarnya. Dengan perkataan lain, kita akan dilihat sebagai orang yang tidak mempunyai kuasa, dan akan diperlakukan demikian juga. Bahasa dan Wibawa Apabila kita mendengar seseorang bertutur, kita akan membuat kesimpulan terhadap orang yang bertutur itu dan apa yang dituturkannya. Dengan sendirinya kita akan merasakan orang itu boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai. Dengan perkataan lain, penutur itu hilang wibawanya. Umpamanya dalam taklimat pegawai kerajaan yang diberikan di bawah, kita dapat melihat beberapa peristiwa tidak sopan terhadap hadirin. Ini menyebabkan pegawai tersebut hilang wibawanya. Apabila kita tidak menghormati orang yang menjadi khalayak kita, maka mereka juga mungkin membalas dengan tidak menghormati kita. Lihatlah petikan tersebut supaya dapat diteliti. Berikut diberi sebuah contoh bahasa basahan yang digunakan oleh pegawai tinggi memberi taklimat kepada peniaga. Bahasa begini tidak menunjukkan kewibawaannya sebagai pegawai. Sekarang ni government sedang kempen jimat cermat. So, you all hilang banyak business opportunities. Banyak projek mahal dibatalkan. You all kalau mahu project, kenalah willing buat small jobs. No more big jobs. Itu policy kerajaan. Dalam bajet kerajaan mana ada lagi big projects. (43 perkataan, 238 huruf dan spasi)
Pegawai ini berucap dalam bahasa basahan yang bercampur-campur dengan bahasa Inggeris, malah dapat dikatakan beliau menggunakan bahasa pasar. Beliau menggunakan bahasa neka rendah. Ini menyebabkan beliau sendiri dipersepsi oleh pendengarnya sebagai tidak berwibawa. Buktinya adalah, semasa beliau memberi taklimat, ramai hadirin bercakap-cakap sama sendiri, membuat gurauan kecil dalam kalangan mereka. Dengan perkataan lain, para hadirian tidak merasa dihormati dengan bahasa demikian. Oleh sebab itu mereka juga kelihatan tidak begitu hormat terhadap pegawai yang berucap tersebut. Taklimat ini akan lebih berkesan apabila disampaikan dalam neka bahasa tinggi, sesuai dengan fungsi dan citra seorang pegawai korporat. Contohnya:
Pada masa ini, kerajaan sedang melaksanakan kempen berjimat. Oleh sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kehilangan banyak peluang perniagaan. Banyak projek mahal dibatalkan. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mahu mendapatkan projek, maka tuan-tuan dan puan-puan mestilah sanggup menjalankan beberapa projek kecil. Kita sudah tidak mempunyai projek-projek besar lagi. Itu adalah dasar kerajaan kita. Malah dalam bajet tahun ini kerajaan tidak pun merancangkan sebarang projek besar. (63 perkataan, 415 huruf dan spasi) Bahasa yang dikawal rapi begini adalah sesuai digunakan untuk perhubungan dalam korporat. Itulah sebabnya neka bahasa tinggi ini juga dipanggil bahasa korporat. Ada beberapa tanda tidak hormat pegawai yang berucap.
Bahasa dan karisma Ada satu lagi kesan bahasa yang kita gunakan. Ini adalah kesan yang menyebabkan kita sebagai orang berkarisma atau tidak. Kemahiran menggunkan bahasa tinggi adalah satu daripada ciri karisma pemimpin. lihat contoh berikut. Seorang pegawai tinggi Lembaga Hasil dalam Negeri ditemuduga di televisyen. Berikut adalah sebahagian daripada ungkapannya. Kebanyakan yang kata susah ..., tak buka enbelop pun! ... Tu dia punya fomet ..., eh senanglah! Bila kita eksplen ..., eh senanglah! Analisis:
Dengan kata lain, penuturnya tidak menunjukkan karismanya sebagai pegawai tinggi yang bependidikan tinggi melalui bahasanya. Bahasanya akan meningkatkan karismanya sekiranya diungkapkan dalam bahasa Melayu tinggi seperti berikut: Kebabanyakan orang yang mengatakan borang cukai pendapatan itu sukar, sebenarnya tidak pun membuka sampul suratnya! Sebenarnya borang itu menggunakan format yang sangat mudah. Apabila mereka mendengar penjelasan tentang format itu, maka barulah mereka sedar bahawa borang itu mudah sahaja difahami. Sedikit pun tidak ada susahnya. Bahasa yang digunakan dalam ungkapan semula ini adalah bahasa Melayu tinggi. Ayatnya lengkap, imbuhannya lengkap, kosa katanya baku, dan apabila diucapkan dalam bahasa surat yang lengkap dengan intonasi baku, maka bahasa begini akan turut meningkatkan karisma pegawai yang menuturkannya. Bahasa surat adalah bahasa sekolah, yakni bahasa orang berpendidikan. Yang terpenting, usaha menggunakan bahasa Melayu tinggi yang rapi menunjukkan keprehatinan penuturnya terhadap pendengarnya. Beliau memperlakukan pendengarnya dengan hormat dan sopan. Dengan kata lain, itu bahasa yang berbudi bahasa. Kita mungkin pernah mendengar pegawai Malaysia berkomunikasi secara lisan dengan pegawai Indonesia, dan dalam proses tersebut kita akan menyaksikan dua perkara berlaku. Pertama, penutur bahasa Indonesia itu terus berkomunikasi dengan yakin diri yang tinggi. Pada masa yang sama, pegawai Malaysia itu akan bertutur dengan teragak-agak, ada kalanya dalam bahasa bercampur-campur dengan bahasa Inggeris, dan bahasa Melayu rendah.uran pegawai Indonesia tersebut. Pegawai Indonesia itu akan terus menggunakan bahasanya dengan tidak membuat sebarang penyesuaian pada sebutan, tatabahasa dan kosa katanya. Contoh: Analisis:
Terakhir dikemaskini (Jumaat, 09 Julai 2010 03:48) 8. Bahasa Korporat dan Bukan KorporatKalau jantan memakai tanjak, yang betina memakai selendang, Kalau jantan duduk di hujung balai, yang betina di ruang dapur, Kalau jantan berpencak silat, yang betina menampal ini, Kalau jantan bersuara garau, yang betina bersuara merdu. Bahasa juga sering diklasifikasikan menurut jantina.
Ada bahasa lelaki dan ada bahasa perempuan. Ada lelaki menggunakan bahasa perempuan, dan ada perempuan menggunakan bahasa lelaki. Chef yang mempunyai rancangan memperkenalkan resipi di televisyen ternyata menggunakan bahasa perempuan. Penyampai berita wanita di televisyen juga sering menguasai bahasa lelaki. Tetapi yang pentingnya ialah bahasa yang digunakan itu memberi kesan kepada kedudukan dan fungsi sesorang di dalam sesebuah korporat. Yang penting ialah ahli korporat perlu memahami bahasa dan budaya korporat. Stail dan kualiti komunikasi tidak hanya bergantung hanya kepada penghantar dan penerima. Mereka perlu menggunakan bahasa lelaki dalam korporat. Bahasa yang digunakan oleh seorang chef di televisyen tentu sekali tidak sesuai untuk sebuah korporat. Namun, sebuah korporat kecil memerlukan gaya komunikasi yang berlainan berbanding dengan sebuah korporat yang besar dan dikawal ketat, dan bertatatingkat. Dalam semua hal, perlulah dipilih gaya komunikasi yang sesuai. Pada kesimpulannya, Tannen, D. (1990) mengatakan, dalam budaya korporat Amerika, bahasa lelaki lebih sesuai untuk korporat. Apabila kita menggunakan bahasa rendah dalam pekerjaan maka kesannya tidak positif. Bahasa mesra dan hormat tidaklah sama. Penyelidikan rapi bagi menentukan ciri-ciri mesra dan rasmi perlu dilakukan. Menggunakan bahasa yang betul dalam pekerjaan terpulang kepada pejabat, firma dan majikan. Pekerja perlu dilatih. Bagaimana kita menggunakan bahasa tatkala mengggunakan telefon, menjadi pengacara majlis, berkooperasi bekerjasama, bermesyuarat dll. Kempen seperti yang dilakukan sekarang akan memebri kesedaran. Itu fungsi kempen. Kemahiran akan hanya terbina apabila diberi latihan. Oleh sebab itu latihan mesti dijalankan. Apabila kita mendengar seseorang berkomunikasi secara lisan, kita akan membuat persepsi terhadap orang yang bertutur itu melalui cara beliau berkomunikasi, gaya bahasa yang digunakannya, dan isu yang dikomunikasikannya. Dengan sendirinya kita akan merasakan orang itu boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai. Ciri-ciri bahasa lelaki dan perempuan. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:30) 7. Peraturan BahasaBudi menunjukkan diri. Kemahiran kita menggunakan kata ganti nama, sistem panggilan, sistem gelaran yang betul pada konteksnya memang dapat menimbulkan iklim komunikasi yang positif. Namun demikian, dalam peraturan menggunakan bahasa, kita sentiasa dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi kita dengan memberi perhatian kepada aspek-aspek tatabahasa dan budi bahasa apabila berkomunikasi secara lisan.
Sempurna dari segi tata bahasa Menggunakan ayat panjang, Dalam konteks rasmi kita menggunakan bahasa Melayu dengan mempastikan setiap ayat lengkap, rapi dan terkawal. Penggunaan ayat yang lengkap dari segi subjek dan predikat, penggunaan imbuhan, sendi dan sebagainya akan memperlancar komunikasi. Sekali gus bahasa yang begini dapat meningkatkan karisma penuturnya. Menggunakan sebutan baku, setiap huruf ini dibunyikan: r, l, k. s, Apabila bertutur, sebutan bahasa yang baik akan menunjukkan kita lebih menghormati orang yang dilawan bertutur. Sebarang penggunaan sebutan yang tidak baku, atau penggunaan sebutan dialek menurunkan nilai komunikasi. Kita juga mempersepsi orang yang tidak menggunakan sebutan baku sebagai tidak sistematis dan tidak terpelajar. Secara keseluruhannya orang yang dilawan berkomunikasi itu akan merasakan kita tidak menghormati beliau, yakni merendahkan taraf beliau.
Kata sendi Bahasa rendah hanya menggunakan satu kata sendi: kat Sendi kat i, dekat, pada, atas, bawah, sama, samping,
Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:23) |


