
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
Menguruskan Akaun Bank dan Kad Kredit
Hidup sebagai seorang pesara memerlukan beberapa pengurusan diri yang secara radikal perlu dilakukan.
Keputusan ayahda, "Tidak perlu lagi kad kredit, jikalau diperlukan pun, bukanlah kad platinum lagi. Hari ini ayahda mengunjungi Maybank bagi mengurusakn dua perkara.
Pertama bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bil yang dikenakan melalui kad American Express yang tidak pernah ayahda minta dan tidak juga pernah menggunakannya, tetapi ada bilnya. Ini dapat diselesaikan oleh Encik Adnan, pegawai Maybank di Tanjung Malim. Mudah saja, kad itu dibatalkan dan yurannya diluputkan. Jelas ayahda tidak pernah memohon dan menggunakannya.
Kedua, ayahda mengucapkan 'selamat jalan' kepada semua kad kredit platinum yang ayahda punyai. Tidak perlu sebarang kad kredit lagi sekarang. Ayahda mahu bebas daripada sebarang hutang.

Ayahda menanda tangani pelupusan semua kad kredit ayahda. Ayahda membeli petrol pun menggunakan wang tunai saja.
Falsafah ayahda: jikalau sesuatu itu tidak menyebabkan kematian, maka ia tidak perlu dibeli.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 22:40)
6. Kesalahan Tata Berbahasa adalah lebih Serius daripada Kesalahan TatabahasaSebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Terlajak perahu dapat diundurkan, Terlajak kata buruk padahnya. Apabila kita melakukan kesalahan tatabahasa kesannya tidaklah serius dan tidak ada implikasi jangka masa panjang. Katakanlah kita salah menyebut satu perkataan. Katakanlah kita salah mengeja satu perkataan. Katakanlah kita salah menggunakan imbuhan. Katakanlah kita membina ayat yang tidak ada subjek, dan seterusnya. Kesalahan tatabahasa itu dapat sahaja dibetulkan. Tidak ada sesiapa yang merasa kesan negatifnya. Seorang pelajar mungkin akan hilang beberapa markah pada masa itu. Itulah sahaja kesannya. Tidak ada siapa yang akan marah. Tidak ada sesiapa yang mengatakan kita kurang sopan. Tidak ada orang yang tersinggung sehingga dia membatalkan niatnya hendak membeli sesuatu barangan. Tidak ada sesiapa yang akan menraik balik keputusannya mengenai sesuatu perjanjian perniagaan. Malah, kesalahan tatabahasa tidak menimbulkan akibat yang berat. Pendeknya tidak ada orang yang akan mengatakan kita tidak berbudi bahasa. Sebagai orang Malaysia yang menuturkan bahasa Melayu, sudah semestinya kita mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang. Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini timbul, dan ini dijelaskan nanti. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan unsur-unsur budaya yang positif dalam komunikasi diambil kira. Terutama dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.
Unsur-unsur budaya ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedah mengajarkannya, dan apa pula bahannya. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budaya, iaitu: kata sapaan atau panggilan, kata gelaran, kata ganti nama, cara-cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll. Di samping itu ada juga unsur-unsur lain yang mempengaruhi penggunaan bahasa, iaitu sama kita bertutur dalam konteks rasmi atau tidak rasmi. Dengan siapa kita bercakap atau berucap, apa taraf sosial orang yang dilawan bercakap, apa tahap pendidikannya, apa jenis pendidikannya, apa jawatan dan gelaran si penutur dan si pendengar? Begitulah seterusnya. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:23) 5. Gangguan Sistem Menyebabkan Kesalahan Budi BahasaElok bahasanya, eloklah lakunya, eloklah pula budinya. Manis didengar, manislah pada pandangan, manislah pula tingakh lakunya.
Penggunaan bahasa berlaku dalam banyak sistem, konteks dan situasi yang saling bertumpang bertindih. Sistem sapaan adalah berbeza dalam berbagai konteks dan situasi penggunaannya. Setiap konteks seperti kampung, bandar, pejabat kerajaan, di pasaraya, dll.; dan dalam setiap situasi seperti berjual beli, berpidato di depan khayalak, bercakap di televisyen, berucap dalam majlis perkahwinan, bercakap dengan pesakit klien dll.; dan berurusan dengan orang kampung, berurusaan dengan pekerja, berurusan dengan pegawai, berurusan dengan pembesar, dll., setiap satunya mempunyai budaya masing-masing. Baru-baru ini, banyak badan dan organizasi besar dibangunkan. Dari situ timbullah konteks baru, iaitu budaya korporat. Ini memerlukan kita menggunakan bahasa rasmi, rapi dan baku. Walau bagaimanapun, kebanyakan penutur bahasa Melayu adalah dari luar bandar dan belum begitu mahir dengan sistem bahasa korporat ini. Bahasa korporat memerlukan penggunaan bentuk panggilan hormat, penggunaan tatabahasa rapi, dan perkataan, frasa dan ayat-ayat yang tidak dipendek-pendekkan atau diringkaskan. Dalam perkataan lain, kita memerlukan bahasa yang sempurna dari segi tatabahasa dan budi bahasanya. Unsur bahasa yang ketara adalah penggunaan perkataan. Penutur tidak mamberi perhatian terhadap apa perkataan yang dugunakannya. Sistem bahasa kita mempunyai banyak neka, dan setiap neka ada konteksnya. Ada peratutran yang terus dapat mengenal pasti apa neka bahasa dalam semua konteks. Neka bahasa basaha; bahasa pasar dlam koneks tidak rasmi, bahasa kampung bukan dalam usaha korporat. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:23) 4. Bahasa Tinggi & RendahDengan raja pandai berpatik, dengan panglima panadi bertuan, dengan bangsawan pandai berencik, dengan ulama pandai berhamba, dengan rakan pandai beraku.
Bahasa Tinggi dan Bahasa Rendah Daripada penjelasan mengenai neka-neka bahasa di atas tadi, dapatah kita lihat bahawa penggunaan bahasa rasmi yang memathui peraturan-peraturan tatabahasa dan budi bahasa adalah bahasa yang kita panggil Bahasa Tinggi. Penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan yang tidak mematuhi semua peraturan tatabahasa dan budi bahasa pula adalah Bahasa Rendah.
Pada tahap ini perlulah pula kita kita mengetahui satu konsep penting bagi menentukan sama ada bahasa yang kita gunakan itu adalah sopan atau tidak. Yakni, adakah bahasa yang kita gunakan itu berbudi bahasa atau tidak. Perkara penting yang perlu kita ingati adalah bahawa setiap neka bahasa ini mempunyai konsep penggunaannya. Apabila kita menggunakan neka bahasa yang bersesuaian dengan konteks penggunaannya maka kita dilihat sebagai orang yang berbudi bahasa. Apabila kita menggunakan neka bahasa rendah dalam konteks bahasa tinggi, kita dilihat sebagai orang yang yang tidak berbudi bahasa, yakni ’kurang sopan,’ malah ’kurang ajar.’ Kemahiran kita menggunakan kata ganti nama, sistem panggilan, sistem gelaran atau peadan taraf yang betul dapat menimbulkan iklim komunikasi yang positif. Namun demikian, dalam peraturan menggunakan bahasa, kita sentiasa dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi kita dengan memberi perhatian kepada aspek-aspek lain dalam bahasa komunikasi. Ada aspek mekanik atau tatabahasa yang perlu juga kita beri perhatian yang berat juga. Pelanggaran aspek ini juga boleh menunjukkan perbuatan tidak sopan. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:23) 3. Dari Mana Datangnya Tata Bahasa dan Budi BahasaOrang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.
Dalam menggunakan bahasa, ada dua jenis peraturan penting. Pertama adalah peraturan-peraturan seperti sebutan, ejaan, tatabahasa, kosa kata, tanda baca dll. Peraturan-peraturan ini dipanggil tatabahasa. Kedua alah peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang, dll. Peraturan-peraturan ini dipanggil budi bahasa. Malah, budi bahasa yang dijelaskan dalam bahagian berikut, adalah lebih penting. Budi bahasa belum mendapat tempat sewajarnya dalam kursus bahasa Melayu baik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Orang-orang Melayu yang tidak bersekolah mahir menggunakan bahasa tanpa belajar budi bahasanya. Mereka pandai menggunakan bahasa hormat apabila bercakap dengan pegawai-pegawai tinggi di pejabat-pejabat kerajaan. Orang-orang bukan Melayu yang belajar tatabahasa bahasa sahaja, mungkin mengalami masalah apabila tidak diajar peraturan-peraturan budi bahasa. Pada masa ini, akibat adanya anak-anak Melayu yang membesar di luar suasana yang dapat menanamkan budi bahasa ini, kita mula berhadapan dengan keadaan bahawa ada anak-anak Melayu sendiri yang tidak mendapat pendidikan budi bahasa ini secara tradisional, maka berlakulah kelemahan dalam penggunaan bahasa yang santun ini. Daripada pengalaman kita dapat mengetahui bahawa peraturan-peraturan budi bahasa ini kita pelajari melalui sistem pesekitaran budaya penggunaan bahasa tersebut. Kita dilatih dan diasuh oleh ahli keluarga dalam budaya yang kita amalkan. Ada dua kaedah umum yang dapat kita perhatikan digunakan. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:22) |


