
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
2. Neka dan Taraf Bahasa
Orang pasar berkata lu dan gua.
Orang putih celup berkata ai dan yu.
Orang darat berkata aku dan engkau.
Orang baruh berkata saya dan encik.
Orang persuratan berkata saya dan tuan.
Orang istana berkata patik dan tuan hamba.
Sultan bertitah beta dan tuan.
Baru bahasa dikatakan menunjukkan kebangsawanan kita.
Neka Bahasa
Bagaimana kita dapat memahami dan menggunakan bahasa yang berbudi apabila berkomunikasi secara lisan? Bagi mengetahui kaedahnya, marilah kita jelaskan beberapa konsep bahasa yang berkaitan dengan perkara ini. Konsep tersebut adalah neka bahasa.
Istilah neka bahasa ini adalah padanan untuk istilah 'language variety' dalam bahasa Inggeris. Kita tidak pula menggunakan imbuhan a di depan perkataan neka. Ini adalah disebabkan bahawa unsur a dalam bahasa Sanskrit bermakna 'tiada.' Oleh sebab itu, aneka bermakna 'tiada neka.'
Dalam bahasa apa sekalipun terdapat banyak neka. Bahasa Melayu pun begitu juga. Ada banyak neka dalam bahasa Melayu. Neka-neka dalam bahasa Melayu yang melibatkan tata bahasa dan budi bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi. Secara umum, kita perlu mengenal pasti dua jenis neka bahasa, iaitu neka bahasa rendah dan neka bahasa tinggi.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:22)
1. Panduan Berbudi BahasaBercakap malam dengar-dengar;Bercakap siang pandang-pandang. Yang kecil itu jangan disangka anak. Yang besar itu jangan disangka bapa.
Dalam berkomunikasi secara lisan ini ada satu kejadian yang pelik tetapi benar. Bahasa lisan itu boleh wujud dalam bentuk tulisan. Oleh sebab itu, ada penggunaan bahasa kita, walaupun bertulis, tetapi adalah sebenarnya bahasa lisan. Ia itu adalah bahasa lisan yang dituliskan. Contohnya adalah bahasa sms, iaitu bahasa dalam sistem mesej singkat. Ada ramai antara kita yang sering menghantar sms dalam bahasa lisan yang dituliskan. Ada kalanya bahasa sms kita itu sama sekali tidak menggunakan budi bahasa yang baik. Malah, selalunya begitulah yang berlaku. Dalam sms, budi bahasa seseorang itu lebih mudah dapat ”ditangkap” baik buruknya. Segala-gala yang kita tuliskan itu kekal dan dapat dianalisis. Analisis itu dapat benar menunjukkan budi bahasa seseorang. Apabila kita bercakap, sedar atau tidak, perbutan kita itu samalah seperti orang memandu kereta. Ada banyak peraturan yang kita mesti patuhi semasa memandu. Tetapi kita tidak menyedari lagi setiap peraturan itu kita ikuti sebab sudah sebati dengan tindakan kita. Orang yang memandu dengan mematuhi semua peraturan akan kelihatan memandu dengan baik dan cermat. Orang yang tidak, akan melanggar banyak peraturan lalu lintas dan kelihatan kasar. Perbuatan demikian memberi kesan buruk kepada pemandu lain. Dia akan menyebabkan pemandu lain marah. Begitu juga, seorang yang melanggar peraturan budi bahasa juga dapat dilihat bercakap dengan kasar. Ini menimbulkan kesan yang tidak menyenangkan pada orang yang dilawannya bercakap. Kesan demikian mungkin menimbulkan akibat yang negatif seperti kehilangan kawan baik, kehilangan peluang kerja dalam temuduga, kehilangan pelanggan dalam perniagaan, kehilangan kerja sama dalam kelomok, kehilangan simpati orang dalam berbual, dan banyak lagi. Buku ini khusus memberi panduan menggunakan bahasa dengan sopan apabila berkomunikasi secara lisan. Ada dua jenis unsur bahasa yang terlibat, iaitu: unsur-unsur tata bahasa dan unsur-unsur budi bahasa. Terakhir dikemaskini (Isnin, 05 Julai 2010 23:22) PrakataYang kurik itu kundi. Yang merah itu saga. Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa.
Kita dapat mengatakan bahawa, secara umumnya, perkara mengenai kesantunan berbahasa ini melibatkan peri laku kita berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan. Dalam berkomunikasi secara tulisan, peraturannya tidak sama dengan peraturan budi bahasa lisan. Peri laku dalam berkomunikasi secara lisan dengan mudah dapat dilihat dan didengar serta-merta. Ini bermakna ia dinilai dengan serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga. Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap. Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima. Apakah pula yang kita maksudkan dengan budi bahasa? Agak sukar kita mendefinisikan istilah budi bahasa ini dalam satu atau dua buah ayat. Oleh sebab itu, ada baiknya kita melihat tanda-tanda dalam pertuturan orang yang dikatakan berbudi bahasa. Ini bermaksud, apakah ciri-ciri budi bahasa yang dapat dilihat dalam pertuturan seseorang. Dengan perkataan-perkataan lain, apabila kita mendengar seseorang bertutur, berucap, berceramah dan bersyarah, ada ciri-ciri yang dapat kita lihat sebagai tanda-tanda budi bahasa tersebut. Bahasa menunjukkan bangsa. Perkataan bangsa di sini tidak bermakna kelompok etnik, tetapi adalah suatu unsur daripada perkataan kebangsawanan seseorang. Maksud ungkapan ini adalah bahawa bahasa seseorang itu dapat menunjukkan dua tanda yang paling ketara. Pertama bahasa seseorang itu dapat menunjukkan sama ada dia itu adalah orang berpendidikan atau tidak, atau orang persuratan atau tidak. Kedua, budi seseorang itu menunjukkan bahawa dia mempunyai budi pekerti yang baik atau tidak, iaitu dia berkebangsawanan atau tidak. Ini dengan mudah dapat kita lihat dan pastikan apabila kita mendengar seseorang bertutur. Kita dapat menentukan bahawa dia bertutur seperti orang mempunyai pendidikan atau tidak. Kita juga dengan mudah dapat mempastikan sama ada seseorang itu mempunyai budaya halus atau tidak. Itulah yang ditunjukkan oleh bahasa yang kita gunakan, sama ada orang yang bertutur itu adalah seorang yang bangsawan, yakni orang yang berilmu dan berbudi, atau tidak. Orang demikian akan bertutur dengan bersopan santun, yakni berbudi bahasa. Bahasa itu menunjukkan kebangsawanannya, iaitu: taraf sosialnya, taraf pendidikannya, dan taraf kehalusan budinya. Buku ini memberi panduan yang dapat digunakan dalam berkomunikasi secara lisan dengan orang lain. Kaedah yang digunakan dalam buku ini adalah seperti berikut:
Abdullah Hassan Ph.D. Profesor Emeritus. Penasihat PTS Publications and Distributors Sdn Bhd 12 Jalan Dolomite Business Park Batu Caves, Selangor Julai 2010 Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 20:40) Untuk AyahkuPada 16 September 1959, Zaharah menulis puisi ini sebagai meraikan ulang tahun ke-74 usia ayahdanya . Za'ba lahir pada 16 September 1885. Pemberian anakanda kepada ayahanda, Bukannya barang bukannya benda, Tidak bernilai tidak berharga, Hanya kata-kata yang penuh rasa.Tiada emas tiada tembaga, Tiada kain tiada sutera, Hanya kalimat berjalin mesra, Mengingati ulang tahun usia.
Berdoa anakanda kepada yang esa, Untuk ayahanda tiap ketika, Sihat wal a’fiat senang sentosa, Murah rezeki kekal bahagia.
Dengan ingatan kasih sedia, Daripada anakanda,
Zahrah. Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:21) Hanya Allah yang KekalSabtu lalu ayahda mengunjungi rakan yang kematian isteri. Isteri Prof. Adnan Awang meninggal akibat mengidap kanser payudara. Anakda belum benar-benar melalui tahap ini, tetapi apabila tiba waktu begini, apakah kita mempunyai ramai rakan-rakan yang datang berziarah. Bukan sekadar berziarah, tetapi membacakan alfatihah dan doa. Adakah mereka turut melakukan solat jenazah, mengikut kita ke kubur. Itulah saja yang bermakna. Anak-anak, juga. Apabila pintau taubat sudah tertutup, hanya ilmu yang berguna yang kita tinggalkan, amal soleh, dan anak-anak yang soleh masih memberi makna kepada kita. Yang diduga itu adalah kita semua yang masih hidup. Apabila tiba giliran ayahda pergi, anakda semualah yang akan terduga.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:23) |



