
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
Anak oleh Freddie Aguilar
Lagu ini kerap ayahda dengar semasa anakand masih kecil, sambil berfikir apa akan terjadi pada anakda semua apabila dewasa.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 11:26)
Kegemaran ayahandaUcapan di Beijing
Ucapan lengkap Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia, di Kedutaan Besar Malaysia, Beijing, pada 17 Jun 2010.
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Adapun mengenai seminar yang kami adakan di Laurel Hotel pada awal 13 dan 14 lalu, suikacita saya memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang kita letakkan semasa merancangkan seminar ini. Akhir kata, izinkan saya bergurindam sebelum duduk. Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 09:02) 12. 2004 Merancangkan Dialek Melayu SupraDiterbitkan dalam "Menabur Benih, Menuai Kasih" sebuah feitscrift yang disusun oleh oleh Katharina Endriati Sukamto (2004), halaman 527 - 538.
Jakarta: Yayasan Obor Indonesia "Merancangkan Dialek Melayu Supra" Abdullah Hassan, Ph.D.Profesor Bahasa Melayu Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Malaysia.PENGENALAN Bahasa sentiasa berubah. Sifat bahasa yang begini membolehkan penutur bahasa itu memilih untuk menggunakan sesuatu unsur bahasa atau menggugurkannya. Usaha mempengaruhi bahasa supaya berubah dipanggil perancangan bahasa. Lazimnya usaha ini berupa memilih bahasa nasional dan kemudian membentuk ejaan, sebutan, kosa kata dan tatabahasa supaya bahasa dapat digunakan dengan berkesan untuk semua bidang dan peringkat komunikasi. Apabila kita merancangkan bahasa, dua perkara perlu ditentukan, iaitu siapa yang merancangkan bahasa, dan bagaimana merancangkan bahasa. Siapa merancangkan bahasa? Siapakah yang merancangkan bahasa? Jawapannya mudah. Siapa sahaja boleh merancangkan bahasa (Haugen 1966, Ray 1968, Jernudd 1971, Rubin 1971, Noss 1994). Jernudd mengatakan perancang bahasa ini boleh terdiri daripada badan kerajaan, bukan kerajaan dan individu. Ada banyak contoh dalam sejarah yang membuktikan bagaimana ini dilakukan. Zainal Abidin bin Ahmad (Z'aba), menulis buku nahu dan latihan bahasa Melayu Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu (1940), dan Pedoman Ejaan Rumi dan Jawi (1949). Buku--buku ini telah membina dan menyeragamkan pengajaran dan penggunaan bahasa Melayu selama hampir 30 tahun. Di negara-negara berbahasa Inggeris pula, dua orang rakyat biasa, Samuel Johnson di England, dan Noah Webster di Amerika Syarikat, telah menyusun kamus masing-masing. Kamus mereka menjadi rujukan pengguna-pengguna bahasa Inggeris, dan membakukan ejaan serta memantapkan penggunaan makna dalam bahasa Inggeris. Individu terkenal seperti ahli politik, orang kenamaan, novelis, pemimpin masyarakat, wartawan, penyunting, sarjana, guru, pelajar, pembaca berita dan pengacara di radio dan televisyen, dll. sentiasa mempengaruhi perkembangan bahasa. Akhbar, radio dan televisyen merupakan wahana perancangan bahasa. Apa yang dibaca dan didengar oleh pengguna bahasa akan diserap dan menjadi ikutan oleh penutur bahasa. Antara individu berwibawa yang kerap mempengaruhi perancangan bahasa di Malaysia ialah TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah memperkenalkan kata iltizam, madani, ghaflah, cakrok, gayang, ampuh, sewenang, dll. Kewibawaannya dan ketokohannya serta kreativitinya menyebabkan orang menerima kata-kata yang diperkenalkannya. Walau bagaimanapun, sekiranya individu itu bukan pakar, kewibawaannya akan dicabar. Itulah yang berlaku pada kata kecapaian yang cuba diperkenalkan oleh seorang pemimpin politik Malaysia. Dalam wawancara Perdana Menteri dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia pada 5 Ogos 1996, beliau membetulkan istilahnya "... kita ... kecapaian .... pencapaian" sambil tersenyum. Satu penerimaan. Bagaimana merancangkan bahasa Joan Rubin pula mengatakan ada empat langkah dalam menyusun dan melaksanakan perancangan bahasa, iaitu: mencari fakta, merancang, melaksanakan, dan menerima maklum balas mengenai keberkesanan rancangan itu. Kaedah dapat mempengaruhi penutur dalam menggunakan manamana unsur bahasa yang hendak dipromosikan. Perancangan itu hendaklah direkabentuk supaya searah dengan kemahuan masyarakat itu. Inilah fitrah umum yang perlu difahami dan dieksploit. Tujuan merancangkan bahasa Apa tujuan kita merancangkan bahasa? Sering perancang bahasa akan terlibat dengan usaha membentuk ejaan, membakukan sebutan, membina istilah, menyusun kamus, dan membakukan tatabahasa. Apakah ini destini perancangan bahasa? Tentu tidak. Usaha ini adalah mempertajamkan alat sahaja. Kita perlu membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Melalui kepustakaan itulah kita membina minda Melayu. Minda Melayu kolektif akan dapat mengongsi wilayah Asia Pasifik ini di samping bangsa lain yang maju. Terakhir dikemaskini (Rabu, 01 September 2010 10:37) 11. 2004 Language Planning: Language Policy in EducationLanguage Planning: Language Policy in Education University of Leiden 9 April 2004 Prof. Abdullah Hassan Faculty of Languages Sultan Idris University of Education Tanjung Malim, MalaysiaINTRODUCTION
This paper will attempt to address this current issues and their implications on the future status and functions of Malay as the national and official language of Malaysia.
LANGUAGE PLANNING FOR A NEW NATION Malaysia has been involved in deliberate language planning activities for the last fifty years. Such activities brought together not only linguistics and sociology, but also other disciplines such as education, psychology, communication, geography, history and politics, not to mention finance and management. Of the many Southeast Asian countries, Malaysia faces some difficult problems. This is because her population is not only multilingual but also multiethnic, multi-religious and multicultural. To make it more complex, the number of immigrant population is almost as big as the so-called majority indigenous ones. Language planning scholars have to choose a language over one or a few others to be promoted as National Language. Then they have to plan, persuade and convince not only state executives and leaders, but also those involved at all levels of language use, of certain types of language forms or rules to be cultivated, and eventually balance benefits of such activities against cost (Thorburn, 1971; Eastman, 1983). Such endeavors are not new. It has been done for hundreds of years. Recently, Norwegian, Hebrew, Turkish and many other languages have been subjected to some form of deliberate changes for refinement, efficiency, and even revival. These were done within the broad definition of nation-building. All had one objective in common, giving an identity to a nation. Terakhir dikemaskini (Rabu, 01 September 2010 10:45) |



