Pendidikan & PPSMI
Prof. Wan Ramli Wan Daud
Prof. Wan Ramli Wan Daud
Memo kepada kerajaan September 2002 (Jamadilakhir 1423)
Kepada PERDANA MENTERI dan MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS
Kami para profesor dalam bidangn yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan terhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembali pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (=aliran sains sekolah) mulai tahun 2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu patah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan”, dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju. Oleh sebab kami juga terlibat secara langsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu menyibar, membangun dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini, maka kami anggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.
Tegasnya, Walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidak bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris kita menerusi pengajaran/pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris. Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami ialah seperti berikut:
1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!) bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa Melayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTI sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah). Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan! Langkah pengInggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnya sejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu. Sekaligus langkah ini meremeh, mensia-sia dan menyiksa batin ratusan bahkan ribuan para sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangun bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran/pendidikan dan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahli bahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikan sains dan matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.
2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan pembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzaman tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa nasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas dengan mudahnya SAKTI di kalangan rakyat jelatanya. Dengan inilah kemudiannya memudahkan pengembangan dan pembangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa nasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirik ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf anatarbangsa menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.
3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI: Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang me- mudahnya mereka memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak dari kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalam ilmu akli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya pengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya pengaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa nasionalnya. Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan/ keunikan tersendiri dalam berperanan daya pengaryaan/ penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukan di negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!
4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit di negara maju dan di bebrapa buah negara jiran kita) patut dipersalahkan juga.
5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa (Inggeris). PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanya menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua mata pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan kerenah baru lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik memang banyak dan semuanya menunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa dahulu boleh memperbaiki pencapaian sains dan matematik.
6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan atau merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan dalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan memundur orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan ratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)
Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangakan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu dan sebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi dengan berganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga ke tahap yang maksimumnya. Menerusi pendidikan Bahasa Inggeris itu.
Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI yang berikut:
01. Prof. A. Rahman A. Jamal, Perubatan, (601211-01-6269)
02. Prof. Abd Rahim Shamsudin, Geologi, (500812-04-5273)
03. Prof. Abd. Jalil Abd. Kader, Mikrobiologi, (500922-07-5107)
04. Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad, Botani, (480630-03-5183)
05. Prof. Abd. Razak Hamdan, Tek. Maklumat, (540205-01-5853)
06. Prof. Dato’ Abd. Razak Salleh, Matematik, (480602-10-5965)
07. Prof. Abd. Salam Babji, Sains Makanan, (481203-07-5177)
08. Prof. Abu Osman Md Tap, Matematik, (500415-01-5433)
09. Prof. Ainoon Othman, Perubatan, (520923-03-5236)
10. Prof. Alias Kamis, Biosains, (4200992)
11. Prof. Aminah Abdullah, Sains Makanan, (501010-03-5094)
12. Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie, Biosains, (4272780)
13. Prof. Aziz Bidin, Sains Sekitaran, (490411-04-5057)
14. Prof. Aziz Deraman, Tek. Maklumat, (591108-11-5043)
15. Prof. Baharudin Yatim, Fizik Tenaga, (460811-05-5193)
16. Prof. Basir Jasin, Geologi, (3430834)
17. Prof. Bohari M. Yamin, Kimia, (3405038)
18. Prof. Che Husna Azhari, Kejuruteraan, (551108-03-5020)
19. Prof. Faridah Habib Shah, Genetik, (....)
20. Prof. Halimah Bdioze Zaman, Tek. Maklumat, (4673083)
21. Prof. Hamid Lazan, Botani, (2287477)
22. Prof. Hamzah Mohamed, Geologi, (510503-08-560)
23. Prof. Hassan Basri, Kejuruteraan, (600702-01-5733)
24. Prof. Hatta Shaharom, Perubatan, (520709-01-5373)
25. Prof. Ibrahim Abdullah, Kimia, (490511-02-5491)
26. Prof. Ibrahim Abu Talib, Fizik, (521127-04-5147)
27. Prof. Ibarahim Komoo, Geologi, (520912-01-5483)
28. Prof. Ikram Mohd Said, Kimia, (480819-05-5073)
29. Prof. Ismail Sahid, Sains Sekitaran, (511005-07-5269)
30. Prof. Jaafar Sahari, Kejuteraan, (550916-10-6179)
31. Prof. Jamaludin Mohamed, Bioperubatan, (570324-06-5543)
32. Prof. Kamarudin M. Yusof, Kejuruteraan, (510927-06-5097)
33. Prof. Kamaruzzaman Sopian, Kejuruteraan, (620404-08-5491)
34. Prof. Karis Misiran, Perubatan, (4493167)
35. Prof. Kasmiran Jumari, Kejuruteraan, (520522-01-5541)
36. Prof. Dato’ Khalid Yusof, Perubatan, (....)
37. Prof. Khalijah M. Salleh, Pendidikan Fizik, (...)
38. Prof. Lim Swee Cheng, Fizik Teori, (470826-01-5273)
39. Prof. Mahani Mansor Clyde, Sains Sekitaran, (510211-06-5032)
40. Prof. Masbah Omar, Perubatan, (4078415)
41. Prof. M. Pauzi Abdullah, Kimia, (510208-03-5203)
42. Prof. Mohammmed Yusoff, Tek. Maklumat, (3821920)
43. Prof. M. Azman Ab. Bakar, Bioperubatan, (520222-10-5035)
44. Prof. M. Ismail Noor, Pemakanan, (491015-10-5419)
45. Prof. M. Nordin Hj. Hassan, Sains Sekitaran, (470210-10-5377)
46. Prof. M. Salleh M. Said, Entoologi, (470204-71-5283)
47. Prof. M. Yusof Hj. Othman, Fizik Tenaga, (520812-02-5131)
48. Prof. Mokhtar Abdullah, Statistik, (560223-03-5119)
49. Prof. Muhamad Yahya, Fizik Pepjal, (470901-07-5111)
50. Prof. Muhammad Mat Salleh, Fizik Pepejal, (490111-03-5009)
51. Prof. Nik Aziz Sulaiman, Perubatan, (451022-03-5187)
52. Prof. Noraini Tamin, Sains Sekitaran, (490620-10-5976)
53. Prof. Normah M. Noor, Bioteknologi, (540618-07-5272)
54. Prof. Othman Hj. Ross, Sains Laut, (480218-11-5173)
55. Prof. Othman Omar, Bbiosains Molekul, (1513291)
56. Prof. Paden Morat, Bioperubatan, (4380233)
57. Prof. Rohani Ahmad, Botani, (4380233)
58. Prof. Roslan Abd. Shukor, Fizik semikonduktor, (610927055049)
59. Prof. Sallehuddin Sulaiman, Bioperubatan, (470721-10-5141)
60. Prof. Shahabuddin Shaari, Kejuruteraan, (560313-02-5459)
61. Prof. Shaharir M. Zain, Matematik, (1969665)
62. Prof. Shahrim Hj. Ahmad, Fizik, (600215-02-5627)
63. Prof. Sy. Muhammad Aljunid Sy. Junid, Perubatan, (590820-02-5573)
64. Prof. Tg. Mohammed. Tg Sembok, Tek. Maklumat, (4478636)
65. Prof. W. Ramli W. Daud, Kejuruteraan, (551227-07-5447)
66. Prof. Zainal Abidin Abu Hassan, Zoologi, (500325-04-5575)
67. Prof. Zainon M. Ali, Botani, (4430101)
68. Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad, Sains Sekitaran, (571109-10-5623)
| Comments |
|
!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."
Terakhir dikemaskini (Isnin, 15 Februari 2010 23:23)


