Tata Berbahasa
Tata Berbahasa
13. Menggunakan Panggilan Mesra Sebagai Panggilan HormatManusia dipandang budi bahasanya.Bermesra biarlah dikenali.Berkasih biarlah pada yang sayang.Bertuan pada yang berpangkat.Memesrai orang yang tidak dikenali itu adalah biadab.
Perpindahan ramai penduduk kampung ke bandar, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dari di bandar, juga membawa budaya bahasa kampungan ke bandar. Khususnya budaya bahasa kampungan itu digunakan dalam konteks pejabat dan perniagaan yang sebenarnya memerlukan bahasa rasmi dan bahasa perniagaan. Dalam bahasa rasmi dan bahasa perniagaan, ganti nama dan bentuk panggilan hormat adalah menjadi asas perhubungan. Apabila bentuk panggilan yang salah digunakan, orang yang dilawan bercakap akan merasa tidak dihormati. Memesrai orang adalah tidak sama dengan menghormati orang. Kita hanya memesrai orang yang dikenali rapat, di kalangan keluarga atau jiran, atau kenalan sekampung. Apabila panggilan mesra kampungan digunakan kepada orang yang sepatutnya dihormati, maka akibatnya boleh merosakkan iklim hubungan seperti dalam contoh peristiwa dialog 1 di bawah. Hubungan dalam komunkasi adalah penting. Apabila dirosakkan objektif komunikasi tidak akan tercapai. Dialog 1 Tiga orang bakal pelanggan, dua orang lelaki dan seorang wanita masuk ke sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, (Disember 1991). Jelas mereka itu ahli profesional. Pelayan datang meminta pesanan. Pelayan: Encik nak makan apa? Setelah pelayan beredar kepada lelaki kedua dan mendapat pesanan yang sama. Dia terus pergi kepada wanita pula. Pelayan: Mak Cik nak makan apa? Pelanggan meninggalkan restoran. Analisis Pelayan restoran menggunakan bentuk panggilan keluarga di dalam konteks rasmi, iaitu transaksi perniagaan. Khidmat dalam restoran, sama ada besar atau kecil adalah transaksi perniagaa. Pelanggan mesti dihormati. Bentuk panggilan Mak Cik dan Kakak menyatakan mesra dalam hubungan kekeluargaan. Di restoran suasananya adalah konteks perniagaan. Hubungan pelayan dengan tetamu adalah hubungan perniagaan, pelanggan mesti dihormati, tidak dimesrai. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah: 1. Apabila pelayan ”melawan” pelanggan, jelaslah bahawa dia adalah orang yang tidak berbudi bahasa. Orang berbudi bahasa akan meminta maaf dan memanggil Puan. Apabila dia menggunakan bentuk panggilan Tuan kepada lelaki, tidak mungkin dia tidak tahu bentuk panggilan Puan. Seorang bekas tentera yang berniaga makanan di sebuah medan selera di Manjung, Perak (Jun 1994) mengamalkan sistem panggilan rasmi seperti dalam perkhidmatan tentera. Beliau dan pelayan restorannya memanggil pelanggan lelaki Tuan, Puan, Encik, Cik, dan pelanggan wanita Puan, Cik Puan, dan Cik. Restorannya menerima ramai pelanggan, mereka kelihatan sangat suka dihormati dengan panggilan Tuan dan Puan. Dialog Yang Berbudi Bahasa Pelayan: Encik hendak makan apa? Pelanggan mahu dihormati, bukan dimesrai dengan panggilan mesra kampungan. Apabila tersalah konteks, panggilan mesra itu menjadi tidak berbudi bahasa. Malah yang jelas menyebabkan pelanggan lari adalah kerana pelayan berlaku ’biadab’ terhadap pelanggannya. Dialog 2 Dalam cuti sekolah pada 27 Mei 1995, sekumpulan guru berkereta tiba di Kuala Perlis bagi menaiki feri ke Kuah. Mereka mencari tempat letak kereta. Penjaga kereta: Abang boleh hantak sana ... Adalah mustahil pemuda yang menjaga kereta itu betul-betul yakin bahawa panggilan Abang itu ialah bentuk yang sopan bagi memanggil orang. Dalam konteks perniagaan, panggilan yang dikehendaki ialah panggilan yang sopan atau berbudi bahasa. Panggilan Abang adalah panggilan mesra dengan ahli keluarga atau kenalan sekampung. Panggilan Abang adalah sama sahaja tarafnya dengan panggilan Kakak dan Mak Cik, di atas tadi. Semuanya mengakibatkan pelanggan merasa direndahkan. Dialog yang berbudi bahasa Penjaga kereta: Encik (atau Tuan) boleh hantar kereta Tuan ke sana. Dialog 3 Pelayan wanita di gerai medan selera berhampiran Setesen Keretapi Ipoh (20 Julai 2002) datang mengambil pesanan makanan daripada sekumpulan pensyarah muda. Pelayan wanita: Pak Cik nak makan apa? Seperti dalam Dialog 2, memang wujud dengan meluasnya salah faham seperti ini. Ramai orang yang datang dari luar bandar memikirkan bentuk panggilan keluarga itulah panggilan hormat. Ahli bahasa dan sistem kurikulum sekolah juga tidak memberi perhatian kepada budi bahasa seperti ini dalam mengajarkan bahasa Melayu. Itulah yang menyebabkan penjaga kereta lelaki dalam dialog 2, dan pelayan perempuan dalam Dialog 3 ’melawan’ pelanggan dengan mengatakan mereka juga ada budi bahasa. Kita juga dapat membuat andaian daripada dialog 1, 2 dan 3 bahawa orang Melayu dari kampung merasa enggan memanggil orang Melayu sendiri sebagai Tuan, Puan, Encik, Cik dan Cik Puan. Dialog yang berbudi bahasa. Pelayan wanita: Encik (atau Tuan) sudahkah membuat pesanan? Memang ada dua masalah dalam hal ini. 1. Salah faham seperti in juga sering menjadi salah faham orang di bandar yang rata-rata menggunakan bentuk panggilan kampung di dalam konteks rasmi. Memang bentuk panggilan ini digunakan dalam bahasa basahan di antara ahli masyarakat di kedai-kedai, stesen bas, pejabat pos dll. Tetapi, dalam konteks yang rasmi, bentuk panggilan Kakak, Abang, Pak Cik, dan Mak Cik, tidak boleh digunakan. Oleh sebab itu kita sudah mula mendengar dan menemui peristiwa-peristiwa Dialog 4 Seorang jurujual Cina di Mun Loong, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Mei 1993) mempelawa pelanggan ke kedai. Jurujual Cina: Sila Kakak, Mak Cik-Mak Cik, ... sila masuk, sila lihat kain kami yang baru sampai ... Jurujual Cina berumur sekitar 60 tahun, dan pelanggan-pelanggannya adalah wanita yang jauh lebih muda, iaitu sekitar 20-30 tahun. Dialog yang berbudi bahasa Jurujual Cina: Encik-encik, Puan-puan, .... silalah masuk, silah lihat kai-kain kami yang baru sampai... Dialog 5 Seorang India tua yang menjual cendol di hadapan Pos Malaysia di Bandar Melawati, Kuala Lumpur (Ogos 1994). India tua: Abang apa mau? (India 57 tahun). Pelajar yang dipanggil Abang itu masih berseluar biru tua, sekolah rendah, berumur sekitar 9 tahun. Apabila orang tua memanggil orang muda bertaraf cucu sebagai Abang atau Kakak, seperti dalam dialog 2 dan 3, maka ini bukanlah sekadar kesalahan budi bahasa lagi, tetapi ini adalah keadaan yang tidak siuman lagi. Memang ada orang Melayu memanggil kanak-kanak sebagai Abang, tetapi itu hanya berlaku dalam konteks tertentu sahaja. Sebagai contoh, ibu memanggil anak lelakinya Abang, adalah sebagai panggilannya dalam keluarga apabila kanak-kanak lelaki itu mempunyai adiki-adik lain. Dia dipanggil Abang kerana kedudukannya betul-betul sebagai abang di kalangan adik-beradiknya. Orang di luar keluarga tidak berhak memanggilnya abang. Sepatutnya dialog 5 di atas berlaku begini: India tua: Encik mahu minum apa? Amalan yang Menular ke Luar Negara Dalam sebuah peristiwa lain di Indonesia, kita dapat memahami salah faham ini daripada maklum balas yang diterima daripada pemandu pelancong Indonesia. Pemandu pelancong membawa pelancong Malaysia ke Danau Toba (Disember 1996) memanggil para pelancong wanita Pak cik dan Mak cik. Apabila ditegur, katanya pelancong Malaysia mengajar mereka memanggil demikian. Ternyata orang Melayu sendiri tidak fasih dalam tatabahasa sosial. Sekali lagi ini dibuktikan oleh pemandu pelancong yang membawa pelancong Malaysia ke Tankuban Prahu di Bandung (Ogos 1996). Dalam lawatan tersebut pemandu pelancong Indonesia asyik memanggil pelancong Malaysia yang terdiri daripada empat orang Datin dan enam profesor dan dua belas pegawai tinggi sebagai Pak Cik dan Mak Cik. Setelah tidak tahan lagi seorang Sang Datin Profesor lalu berkata ”Jangan panggil saya Mak Cik, geli geleman aku.” Sambil menggigil. Tentulah ada orang Malaysia yang mengajar mereka menggunakan bentuk pak cik dan mak cik itu sebagai hormat. Ternyata kita sendiri tidak memahami budaya panggilan hormat sendiri. Pada hal bentuk panggilan bapak dan ibu yang digunakan oleh orang Indonesia itu jelas menunjukkan sistem budaya yang menghormati orang. Mereka tidak pula memanggil orang yang mereka hormati bibik dan paman. Sistem itu jelas membezakan antara budaya hormat dan mesra keluarga. Dialog 6 (Bandung Ogos 1996) Pemandu pelancong: Pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sekelian. Pertma-tama saya mengucapkan selamat datang kepada pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sekelian..... Pelancong Malaysia: Tolong tegur pemandu kita itu, kita bukan pak cik dan mak cik. Pelancong Malaysia Saudara pemandu pelancong, tolong panggil kami ini Tuan-tuan dan Puan-puan. Pemandu pelancong Kenapa? Ada orang Malaysia yang meminta kami memanggil mereka begitu. Pelancong Malaysia: Boleh dipanggil Pak cik dan Mak cik, tetapi kalau betul-betul Bibik dan Paman anda, atau pun kepada orang sudah 30 tahun lebih tua daripada anda, dan tidak berpelajaran dari kampung-kampung! Pemandu pelancong: Maaf, ... Malah yang juga menggelikan hati adalah satu peristiwa di Maybank Tanjung Malim. Dialog 7 Juruwang wanita muda di Maybank, Tanjong Malim (13 Oktober 2004) Juruwang wanita (muda): Ini resit Dik. Bahasa berbudi bahasa: Juruwang wanita (muda): Ini resit Tuan. Analisis Tentulah ada orang Malaysia yang mengajar pemandu pelancong Indonesia menggunakan bentuk panggilan Pak Cik dan Mak Cik memikirkan itulah panggilan hormat. Juruwang Maybank juga memikirkan panggilan Adik yang digunakan terhadap orang tua dua kali umurnya itu sebagai hormat. Ternyata masyarakat Melayu sendiri tidak memahami budaya panggilan hormat bahasa sendiri. Pada hal bentuk panggilan Bapak dan Ibu yang digunakan oleh orang Indonesia itu jelas menunjukkan sistem budaya yang menghormati orang. Sistem itu jelas membezakan antara budaya hormat dan mesra. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah: 1. Pelmandu pelancong Indonesia memanggil pelancong Malaysia Pak Cik dan Pak Cik tidak mengetahui perbezaan anatara panggilan hormat dan panggilan mesra. Panggilan mesra kepada orang yang tidak dikenali adalah tidak sopan. Pelancong hanya boleh dipanggil Tuan-tuan dan Puan-puan.
Write comment (0 Comments)
Terakhir dikemaskini (Selasa, 13 Julai 2010 03:31) |
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL


